Subhanallah... Sesungguhnya Wanita Pendampingmu Sangatlah luar Biasa...! Lelaki Harus Tau Ini...! |
Wanita,
hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia merayakannya… Seorang wanita
saat mendapat berita kehamilannya, hatinya sarat dengan kegembiraan hinggakan dia
menitiskan air mata.
Tidak
pernah terlintas di fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh
menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu, dia bakal membawa keturunannya yang lucu
ke alam dunia.
Wanita,
hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah
hinggakan badannya kehilangan segala kudratnya.
Dia
mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya yang
hanya sebesar buah pear.
Tidak
pernah timbul gentar di hatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah
pear menanggung zuriatnya.
Wanita,
hebatnya dia di saat dia mula merasakan kesakitan hendak bersalin hatinya tidak
gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin menjadi galang
ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dalam keadaan sihat.
"Wanita,
hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57 Del ketika hendak melahirkan
anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak). Sedangkan sekuat mana
pun manusia itu hanya mampu menahan hingga 45 Del sahaja."
Apa
yang selalu kita dengar tentang wanita?
-
Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
-
Wanita itu sayap kiri lelaki.
-
Wanita berhati lembut dan kuat emosi.
-
Wanita itu kaum yang lemah.
Baca Juga:
Tidak ada komentar:
Posting Komentar